ISU SEMASA

Apa Malaysia Buat? – Lelaki Kanada Persoal Kadar Kenaikan Kes Covid-19 Lebih Tinggi Di Sana Walau Populasi Saiz Sama

Kita semua tahu bahawa hampir semua negara sedang bertungkus-lumus dalam mencegah dan melawan wabak pandemik, COVID-19 daripada terus merebak dan menjadi lebih teruk.

Hal ini dapat kita lihat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu ciapan di Twitter semalam (7 April) berkongsi data statistik dunia dengan kenaikan jumlah kes sebanyak lebih 1.3 juta. Dalam pada itu, jumlah kematian secara keseluruhannya sudah meningkat kepada lebih 74,000.

Pun begitu, satu perkongsian daripada seorang individu yang menggunakan nama Zubayer M di Facebook miliknya membezakan jumlah kes di Kanada dan Malaysia yang lebih tinggi walaupun mempunyai saiz populasi yang lebih kurang sama.

Menurutnya,”Kanada dan Malaysia mempunyai saiz populasi yang sama. Jumlah kenaikan kes Covid-19 di negara kami naik mendadak. Apa yang Malaysia telah lakukan? Saya rasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu memberi kesan yang berbeza.”
Apa Malaysia Buat? - Lelaki Kanada Persoal Kadar Kenaikan Kes Covid-19 Lebih Tinggi Di Sana Walau Populasi Saiz Sama

Melalui status Facebook tersebut, kita dapat melihat Kanada dan Malaysia adalah pada paras yang sama pada 21 Mac, 2020 iaitu di bawah 2 ribu kes yang disahkan.

Apa Malaysia Buat? - Lelaki Kanada Persoal Kadar Kenaikan Kes Covid-19 Lebih Tinggi Di Sana Walau Populasi Saiz Sama
Gambar: Zubayer M

Namun, segalanya berubah pada tarikh 4 April, 2020 apabila kes COVID-19 yang disahkan di Kanada melonjak kepada lebih 12 ribu kes manakala Malaysia di bawah 4 ribu kes pada ketika itu.

Zubayer berpendapat bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bermula 18 April, 2020 memberikan banyak perbezaan.

Status individu ini turut dikongsi Prof Madya Dr Rafidah yang turut memberitahu bagaimana seseorang yang bukan warganegara Malaysia berbangga dengan usaha yang dibuat negara ini.

“Dari Kanada. Kamu semua, individu yang menulis ini adalah seseorang dari Kanada. Kalau dia boleh menghargai usaha yang negara telah lakukan, saya tak faham mengapa segelintir rakyat Malaysia masih merungut.”

Apa Malaysia Buat? - Lelaki Kanada Persoal Kadar Kenaikan Kes Covid-19 Lebih Tinggi Di Sana Walau Populasi Saiz Sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *