ISU SEMASA

[BREAKING NEWS] PKP dilanjutkan dua minggu lagi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini.

Beliau berkata, pelanjutan PKP dua minggu ini selaras dengan pandangan WHO supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi iaitu bermula 15 April sehingga 28 April.

“Pelanjutan tempoh PKP untuk beri ruang petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain elak penularan semula wabak,” kata dalam perutusan khas sebentar tadi

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *