SANTAI

Baru Tiba Dari Luar Negara, Lelaki Kongsi Tempat Kuarantin Sementara Berkatil ‘Kadbod’ Di Lapangan Terbang Jepun

Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan dikuarantin bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini memberitahu setiap pusat kuarantin yang disediakan disertakan dengan keperluan asas yang lengkap bagi memudahkan setiap daripada mereka yang dikuarantin.

Terbaru, satu Tweet daripada seorang individu dipercayai warganegara Jepun berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan pusat kuarantin sementara yang disediakan kerajaan di sana.

Terjemahan gambar pertama:

“Pulang daripada luar negara, katil ‘cardboard’ di Lapangan Terbang Narita.”

Terjemahan gambar kedua:

“Saya perlu tidur di sini malam ini.  Saya tidak boleh keluar selagi tidak mendapat keputusan saringan.”

Jika dilihat di dalam tweet tersebut, tempat tidur mereka menggunakan kotak-kotak kadbod yang telahpun disediakan.

Baru Tiba Dari Luar Negara, Lelaki Kongsi Tempat Kuarantin Sementara Berkatil ‘Kadbod’ Di Lapangan Terbang Jepun
Gambar: @misachasu0209

Namun, sebagai maklumat tambahan, tempat-tempat tersebut bukanlah tempat kuarantin tetapi lebih kepada tempat tinggal sementara untuk mereka menunggu keputusan ujian COVID-19. Ianya boleh dirujuk di dalam artikel Forbes.

Suasananya sangat berbeza dengan apa yang kita dapat di tempat-tempat kuarantin di Malaysia walaupun di Jepun, ianya hanyalah sebagai tempat tinggal sementara menunggu keputusan ujian COVID-19.

Sumber: @misachasu0209Forbes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *